Kerjaya antarbangsa Karim Benzema

Junior

Benzema merupakan bekas pemain kebangsaaan junior Perancis,memenangi kap di semua level kecuali U16. Dia adalah anggota kumpulan yang dikenali di Perancis sebagai Génération 1987, sebuah generasi yang menghasilkan Hatem Ben Arfa, Jérémy Menez, dan Samir Nasri, dan juga Benzema sendiri.[150] Di antara keempatnya, Benzema adalah yang terakhir menjalani debut dibawah pelatih Philippe Bergeroo dan rasmi bergabung dengan pasukan menjelang Kejuaraan Bola Sepak U-17 Eropah UEFA pada tahun 2004 yang digelar di negaranya. Di pertandingan tersebut, dia muncul di dua perlawanan, menentang Ireland Utara dan menjaringkan gol pembuka.[151] Dia juga muncul di fasa kumpulan menentang Sepanyol dan Perancis menjuarai pertandingan tersebut dengan mengalahkan pasukan yang sama.[152][153]

Benzema adalah starter reguler di pasukan U18. Dia menjalani debutnya di sebuah perlawanan tempatan di Republik Czech. Benzema menjaringkan gol perdananya di peringkat tersebut menentang Poland di pertandingan terakhir fasa kumpulan.[154] Pada akhir perlawanan tuan rumah, dia menjaringkan gol pembuka dalam kemenangan 2-0 dan Perancis menjuarai pertandingan tersebut.[155] Pada 30 September 2004, Benzema adalah salah satu pencetak gol Perancis ketika menang di kandang Norway.[156] Pada perlawanan selanjutnya menentang Rusia, dia menjaringkan dua gol dan Perancis menang 3-1.[157] Disebabkan Perancis adalah juara Eropah level U17 pada 2004, pasukan U18 diperbolehkan menyertai pada Piala Meridian UEFA-CAF pada tahun 2005.[158] Benzema dipanggil ke pasukan dan bermain di seluruh perlawanan, menjaringkan lima gol dan Perancis kembali juara. Dia membuka perlawanan dengan dua gol ketika mengalahkan Cameroon 7-0.[159] Setelah gagal menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Sierra Leone, Benzema langsung menjaringkan gol dalam perlawanan berikutnya menentang Nigeria dan dua gol ke gawang Mesir.[160][161] Pada 19 Mei 2005, di akhir melawan Slovakia, Benzema memborong empat gol, Perancis menang 4-1.[162] Dia meninggalkan pasukan U18 dengaan catatan 18 perlawanan dan 14 gol dan dipuji Bergeroo sebagai "pemain yeng efisien".[163]

Kuartet Benzema, Ben Arfa, Menez dan Nasri kembali ke pasukan kebangsaan U19. Mereka bergabung dengan Issiar Dia, Blaise Matuidi dan Serge Gakpé dengan misi merebut gelaran Kejuaraan Bola Sepak U-19 Eropah UEFA pada tahun 2006. Pasukan itu memulakan misi dengan dua pertandingan persahabatan menentang Norway. Benzema menjaringkan satu gol di perlawanan pertama, menang 4-0.[164] Pada kelayakan, dia menjaringkan gol di perlawanan terakhir fasa kumpulam atas Austria.[165] Perancis menang 2-0, dan masuk ke Babak Elit.[166] Di babak penentuan, Perancis bergabung bersama-sama dengan Scotland, Bulgaria dan Belarusia. Pada pertandingan pembukaan, Benzema mencetak dua gol- salah satunya penalti - dan Perancis menang 4-0.[167] Setelah tertahan imbang oleh Belarusia, Perancis berhadapan dengan Scotland pada perlawanan terakhir fasa kumpulan. Benzema menjaringkan gol pembuka pada minit kesebelas, tetapi disamakan gol Steven Fletcher.[168] Perlawanan berakhir 1-1, dan walaupun mengakhiri babak tersebut tidk dikalahkan, Perancis dihapuskan kerana kalah perbezaan mata.[169]

Benzema menjalani debut U21-nya untuk Les Espoirs dibawah pelatih René Girard dalam perlawanan Kejuaraan Bola Sepak U-21 Eropah UEFA 2006 menentang Belgium. Dia memulakan perlawanan dan digantikan semasa henti oleh Yoann Gourcuff.[170] Dia muncul di babak kelayakan kejuaraan selanjutnya pada 2007 dan muncul sebagai starter dan pemain cadangan di pusingan pertama dan kedua, dan pasukan itu dikejutkan dengan kekalahan dari Israel di babak play-off kualifikasi.[171][172][173][174]

Algeria vs Perancis

Sebelum mewakili Perancis di peringkat senior, Benzema dipujuk oleh Persatuan Bola Sepak Algeria (FAF) yang menginginkannya bermain untuk Algeria di tahap senior. Pada Disember 2006, si penyerang dipujuk oleh bekas presiden Hamid Haddadj dan pelatih pasukan kebangsaan Jean-Michel Cavalli, tetapi menolaknya disebabkan oleh ingin melanjutkan kerjaya antarabangsa bersama dengan Perancis.[175] Benzema kemudian berkata kepada stesen radio Radio Monte Carlo "Algeria adalah tanah nenek moyang saya dan ada di hati saya, tetapi saya akan mempertahankan pasukan kebangsaan Perancis."[176]

Senior

Benzema bermain untuk Perancis pada 2008

Benzema pertama kali dipanggil ke pasukan senior oleh Raymond Domenech pada 9 November 2006 untuk perlawanan persahabatan menentang Yunani yang akan digelar pada 15 November. Benzema menyebut hal itu sebagai sebuah "hadiah", dan mengatakan "Saya sangat gembira, tentu sahaja, saya dan keluarga saya. Pasukan senior merupakan sebuah penghormatan."[177] Dua hari sebelum perlawanan, dia terpaksa keluar daripada pasukan disebabkan mengalami kecederaan yang parah, yang dia alami ketika beraksi untuk Lyon.[178] Setelah gagal menembusi skuad menghadapi Argentina pada Februari 2007, dia kembali ke pasukan pada Mac di untuk perlawanan kelayakan Euro 2008 menentang Lithuania dan persahabatan menentang Austria.[179] Gagal muncul di kelayakan , dia menjalani debut pertamanya beruniform Pasukan Ayam Jantan pada 28 Mac 2007 menentang Austria. Dia muncul sebagai pengganti untuk Djibril Cissé dan menjaringkansatu-satunya gol dalam perlawanan tersebut lewat sepakan bebas dari Nasri.[180] Pada 13 Oktober, Benzema menjaringkan dua gol dalam kemenangan 6-0 atas Kepulauan Faroe.[181] Setelah bermain biasa sepanjang musim 2007-08, dia terdaftar dalam skuad berjumlah 23 orang untuk Euro 2008.

Benzema menjalani debutnya dalam kejohanan antarabangsa pada 9 Jun 2008 di perlawanan permulaan menentang Romania. Dia menjadi starter, tetapi kemudian digantikan oleh Nasri dalam babak kedua disebabkan oleh prestasi yang buruk.[182] Perlawanan berakhir tanpa gol dan Benzema dikritik oleh media Perancis disebabkan persembahannya dan surat khabar Le Point menyebut Benzema "tidak dapat dikenali" dan "dia melambangkan kemandulan Perancis di barisan hadapan".[183] Surat khabar tersebut juga merujuk kepada kurangnya pengalaman antarabangsa Benzema. Dalam perlawanan kedua menentang Belanda, Benzema tidak mengambil bahagian dalam kekalahan memalukan 4-1.[184] Dia kembali ke pasukan teras untuk perlawanan terkini fasa kumpulan menentang Itali dan diberikan tempat sebagai juru gedor utama.[185] Walaupun begitu, Perancis kalah 2-0 dan tersingkir daripada perlawanan.[186]

Benzema bermain untuk Perancis semasaPiala Eropah 2012.

Benzema tetap menjadi pemain reguler dalam pasukan dan sebelum kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, dia mendapat sarung nombor sepuluh, setelah sebelumnya menggunakan nombor sembilan.[187] Dalam perlawanan pertama setelah tersingkir daripada Euro, Benzema menjaringkan gol ke gawang Sweden dalam kemenangan 3-2 di Göteborg.[188] Dua bulan kemudian, dia kembali menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 atas Tunisia di Stade de France.[189] Pada 5 Jun 2009, Benzema menjadi penjaring gol semata wayang, berupa sebuah sepakan penalti, dan Perancis menang 1-0 atas Turki di Stade de Gerland.[190] Dia menjaringkan gol kelayakan Piala Dunia pertamanya dalam kemenangan atas Kepulauan Faroe dan Austria pada Oktober 2009. Kemunculan menentang Sweden adalah penampilan terakhirnya dibawah Domenech disebabkan dia tidak dibawa ke Piala Dunia. Domenech menyatakan alasannya tidak membawa Benzema adalah disebabkan dia masih berjuang untuk mencari persembahan terbaiknya di kelab barunya, Real Madrid, selain alasan ujian skandal seksnya.[191] Sebelum senarai pemain diumumkan, Benzema mengumumkan di Radio Monte Carlo, jika dia tidak dipilih dia akan "berasa sangat kecewa" tetapi "akan tetap menyokong Perancis, apapun yang terjadi."[192]

Setelah Piala Dunia, Benzema kembali ke pasukan kebangsaan dibawah pelatih baru, Laurent Blanc. Blanc, seorang peminat Benzema, membina pangkalan serangan dalam sekitar si penyerang, dan setelah setahun tidak pernah mempertahankan Perancis, Benzema kembali ke pasukan dalam kekalahan 2-1 dari Norway di Oslo.[193][194] Bersama Gourcuff, Benzema memimpin pasukan tersebut dalam urusan menjaringkan gol untuk kelayakan Euro 2012, menjaringkan sebanyak tiga gol, ke gawang Bosnia-Herzegovina, Luxembourg dan Albania.[195][196][197] Pada 17 November 2010, Benzema menjaringkan gol pembuka ke gawang England dalam kemenangan 2-1 di Stadium Wembley.[198] Dalam perlawanan selanjutnya, dia menjaringkan gol semata wayang atas Brasil pada Februari 2011.[199] Setelah muncul secara reguler di kelayakan, dia secara rasmi dibawa ke Euro 2012 pada 29 Mei 2012.[200] Pada 5 Jun, dalam perlawanan pemanasan terakhir menjelang Euro, Benzema terhantuk jaringan Estonia dua kali dan Perancis menang 4-0.[201] Di Euro, Benzema menjadi pemula di perlawanan pembuka menentang England, yang berakhir seri 1-1.[202] Dalam pertandingan penentuan menentang Ukraine, dia memberi umpan atas dua gol Perancis, dan mereka melayakkan diri ke suku akhir.[203]

Rujukan

WikiPedia: Karim Benzema http://www.theage.com.au/sport/soccer/fat-chance-2... http://www.411mania.com/games/news/86471/%5BMulti%... http://en.afrik.com/article12840.html http://www.benzema.com/ http://www.chicagotribune.com/sports/sns-rt-uk-soc... http://sportsillustrated.cnn.com/2008/soccer/10/20... http://www.djazairess.com/fr/elwatan/94450 http://www.djazairess.com/fr/infosoir/57077 http://www.espnstar.com/football/primera-liga/news... http://fr.fifa.com/worldfootball/clubfootball/news...